Monday, March 15, 2010

RUmah disamun toyol aka perampok

Pandangan dari belakang rumah

Lock yang dipotong oleh "toyol" tu untuk masuk ke dalam rumah

Pandangan dari atas rumah aku

Laluan "toyol" lari sebelum melompat keluar ikut grill tue

Kat tulisan Bismillah tu la "toyol" berdiri

12 Mac 2010 3:40am, bole pulak "toyol" berdiri betul-betul depan pintu bilik tido aku. Kebetulan masa tu wife aku terbatuk or dia mmg dah perasan toyol tu kat situ. Di saat tu, aku ingat wife aku bangun ke toilet apabila aku dengar pintu bilik di buka tetapi bukan macam selalu. Ketika tue pintu bilik bergesel dan hanya ternganga sket dan aku hanya nampak kelibat itam berdiri di celahan pintu tersebut. Prasangka mungkin ianya mimpi sahaja tetapi setelah pejam celik pejam celik ...mmg sah toyol/org depan bilik aku. Kebetulan wife aku terbatuk atau memberi signal pada ketika aku sedang memerhatikan toyol tersebut. Dalam situasi itu, keselamatan kami lebih penting dari segalanya, namun disebalik memikirkan soal keselamatan kami perasaan membara ingin menangkap toyol itu makin meluap-luap membuatkan aku membaling dengan sepenuh hati bantal peluk (kecil) ke arah pintu tersebut. Aku terus bangun dan mengejar toyol tue tetapi aku hanya dapat dengar pintu belakang rumah berdentum kuat akibat ditolak ..dan akhirnya dapat melihat sahaja kawasan gelap dari tingkat 2 rumah aku, toyol dah terlepas dengan laptop (complete set + broadband) dan henpon LG wife aku terletak pada hall rumah kami. On the spot aku call 999 untuk buat laporan dan hubungi maxis centre untuk block broadband tersebut. 10 minit kemudian unit peronda datang ke rumah untuk ambil keterangan dan mengarahkan kami untuk membuat laporan lengkap di Balai Polis Seri Kembangan yang ketika itu jam 4:20am. Setelah selesai, kami menghala semula ke rumah dan singgah di pondok pengawal perumahan kami untuk berjumpa dengan ketua mereka. Selesai menceritakan kejadian malam itu, aku pergi ke lokasi (belakang rumah) bersama 4 pengawal yang lain bagi menjejaki/meneliti gerak-geri toyol itu sehingga berjaya masuk ke dalam rumah kami. Kemudian aku mendapat panggilan dari pihak polis (unit photographer) untuk berada di rumah bagi membolehkan beliau mengambil gambar. Kemudian kami terus lepak minum sambil memikirkan nasib dan tindakan wajar ..nak tergelak pun ada jugak sepatutnya aku yang terkejut tetapi toyol tu lak tergezut lebihh ..he3. Bila hari dah siang 7:20am aku pegi semula ke belakang rumah dengan pengawal (iswandi - sebab ramai2 guard dia je pn bole kowtim.) ..untuk usha tapak kaki dan lain2 evidence. Dah lepas tue, aku lik umah lepak ngan wife aku yg ketika tu masih lagi dlm keadaan fobia so aku pretend everything ok sebab tak nak memudaratkan diri dia & baby. Pas siap2 kami pack barang dan balik ke Bangi then terus ke Seremban.

No comments:

Post a Comment